Tuesday, June 7, 2011

Bagaimana Cara Melangsaikan Hutang Kad Kredit

Masalah hutang kad kredit memang memeningkan kepala. Ramai yang sudah jatuh muflis. Berikut cara-cara yang boleh digunakan untuk melangsaikan hutang kad kredit:

Contoh: Baki hutang : RM5000

1. Bayar 5% daripada baki hutang atau RM50 atau yang mana lebih tinggi.
   Tempoh Bayar Balik = 69 Bulan
   Jumlah interest yang dibayar = RM1875.87

2. Bayar secara jumlah tetap RM 250:
   Tempoh bayar balik = 24 bulan
    Jumlah interest yang dibayar = RM987.60

3.  Memohon Pembiayaan Peribadi (personal loan) (2 tahun / 6.8% setahun daripada Bank Islam), kemudian buat "full settlement" kredit kad:
     Tempoh bayar balik pembiayaan peribadi = 24 bulan
     Jumlah interest yang dibayar = RM680

4. Membuat "Balance Transfer" melalui bank lain (Contoh: Alliance Bank : Fixed 24-Month Instalment Plan / 6.88% )

    Tempoh bayaran kepada Alliance bank = 24 Bulan
     Jumlah Interest yang dibayar = RM688

5. EZ Payment 0%
    
    Ada banyak pihak yang menawarkan plan untuk melangsaikan hutang kad kredit terutamanya melalui internet. Anda mesti berhati-hati memilihnya agar tidak tertipu. Ada yang menyatakan Easy Payment 0%, tetapi sebenarnya mereka mengenakan bayaran sekali bayar sebanyak 20%.

Nota: Kaedah tersebut hanyalah contoh dan cadangan sahaja. Ia tidak semestinya dapat menyelesaikan seratus peratus hutang kad kredit anda. Terpulang kepada anda. Pengurusan kewangan yang baik akan menyebabkan anda tidur lena setiap malam.


AWAS !!!!! JANGAN MEMINJAM DENGAN ALONG ATAU CETI HARAM....JIKA PINJAM JUGA...ANDA TIDAK DAPAT TIDUR LENA....

No comments:

Post a Comment

Post a Comment